Monday 16 July 2018

Checklist Sebelum Masuk Kolej Matrikulasi Labuan (KML)

Hi saya Cland, pelajar + JPP KML sesi 2017/2018. Saya nak bagi intro sikit pasal KML dulu yah. Di KML ada 6 blok tempat kediaman pelajar. 2 blok asrama LELAKI dan 4 blok asrama perempuan. Tak kesah la awak dpt blok yang mana, yang penting semua bilik dan designnya sama. Okay, saya dlu stay di Blok Madani D tingkat 2 bilik 19 (BD T2.19). Ni serba sedikit gambar bilik kami. So, awak boleh buat gambaran apa benda yang patut dibawa nnti. Awak hanya akan dibekalkan dengan katil + tilam + bantal + locker + kerusi dan meja study. The rest bawa sendiri. 






Alright here's your checklist. 

Closet
-tshirt 
-tracksuit
-baju berkolar (penting pakai outing/aktiviti kolej)
-baju kurung/blouse lengan panjang+skirt hitam panjang(perempuan) 
-kemeja+seluar slack hitam(lelaki)
-kasut bertutup hitam
-kasut sukan
-selepar (pakai jalan-jalan)

Bath & Laundry
-baldi & gayung (tak wajib sebab kekadang senior sumbangkan baldi dorang, malas bawa balik pnya pasal)
-towel
-syampoo, sabun mandi, scrup span, serbuk pencuci, berus pakaian, etc.
-hanger + penyepit pakaian
-laundry beg (letak pakaian kotor korang yg bertimbun tu)

Study
-test pad, A4 paper (pelajar matrik jarang guna buku latihan)
-buku nota (in case mau catat nota ringkas smasa kuliah)
-pen, pencil, stapler, highlighter
-alas meja study
-rak buku/file
-file (untuk simpan semua notes/tutotial/assignment setiap subjek)

Food
-biskut, kopi 3in1, milo, susu, gula, etc.
-maggie (HAHA in case kebuluran tgh malam)
-water heater
-pinggan, mangkuk, sudu, chopsticks, garfu, etc.

Electrical stuff
-laptop
-powerbank
-handphone
-iron
-kipas mini (sometimes air-cond dewan kuliah rosak, so..) 
-earphone, selfie stick, speaker, etc.

Bed
-cadar tilam & bantal
-selimut 
-bantal lebih (jika perlu)

Others
-tali penyidai (in case di corridor xda tali ampaian suda)
-alas kaki di pintu (perempuan biasanya ada HAHAHA)
-selepar bilik (tak wajib)
-sunlight + span pencuci pinggan

Okay, that's it. Tpi untuk peringatan, JANGAN BAWA EXTENTION WIRE, PERIUK NASI, PISAU TAJAM, ATAU APA-APA BARANG BERBAHAYA. 
Awak bawa pun xda guna sbb lambat laun penyelia akan rampas juga. HAHA. Goodluck di KML dan selamat berjuang! KML TATAP DI HATI!

Nak tanya lebih lanjut tentang KML? Drop je ccomment.  

Tuesday 11 April 2017

pengalaman Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) 2017


Hi blogger.. saya Cland.. Saya dengan senang hati nak share sedikit pengalaman saya mengikuti ujian ni kepada semua terutamanya para pelajar lepasan SPM yang ditawarkan PPISMP ni.. Congrat yaa sebab dah dapat result cemerlang dalam SPM yang lepas. So, tanpa buang masa kita mula dari awal ceritanya.

Dalam borang permohonan online IPG yang lepas sy memilih IPG Kampus Rajang sbagai pusat ujian UKCG sy. so, awal pagi lagi sy dah bertolak ke IPG sana. Dalam surat tawaran tu nanti ada peraturan and  keperluan yang perlu dibawa nanti. so, jgan risau pasal tu ey. masa pun ada di beritahu juga dlam surat tawaran tu nanti. Saya tiba di IPG Kampus Rajang 1 jam awal sebelum ujian bermula.






Around jam 8 pagi kita orang berkumpul dpan dewan kampus dan diberi taklimat sikit. Lepas je taklimat, kumpul ikut kumpulan dan kelompok sebelum masuk kelas untuk Ujian Bertulis dahulu.
So, ni semua aktiviti dia.


  1. UJIAN BERTULIS
So, dalam ujian bertulis ni ada 2 bahagian, bahagian A dan bahagian B. Bahagian A 135 soalan perlu dijawab dalam masa 30 minit. jgan risau laa, soalan dia x susah tpi perlu berfikir. Jawapan senang je jawab Wajar or Tak Wajar je. jawab ikut logik je okay. Bahagian B pulak ada 60 soalan dijawab dalam masa 15 minit je. Soalan dia senang jugak cuma perlu berfikir ikut logik je. Jawab Setuju dan Tak Setuju jer. Kan senang. Tapi saran kakak, jangan baca soalan lama sgat nanti x cukup masa macam akak. hahaha. akak sempat baca sampai soalan ke-80 je utk bahagian A yang lain bulat sembarang je kat kertas OMR. haha. so, baca tu laju sikit. Sepintas lalu je okay.


  1.       2. UJIAN KECERGASAN FIZIKAL 
So, habis je ujian bertulis tu kita orang kumpul kat dewan semula untuk menjalani Ujian Fizikal pulak. okay, ujian fizikal ni macam ujian segak kat sekolah menengah tu. Tak banyak aktiviti 5 jenis jer. 

  • BMI (15 markah)
yang ni cuma kira berat badan dan tinggi je laa macam biasa. so, pastikan BMI adik sentiasa normal eyy.
  • Bangkit Tubi (15 markah)
Yang ni lain sikit, ada 5 jenis bangkit tubi. Susah akak bagitau sebab xda gambar sebab time exam ni sik boleh bawa fon. yang penting akak nak bagitau senang je bangkit tubi ni. dont worry yahh.
  • Tekan Tubi Tanpa Henti(15 markah)
Tekan tubi tanpa henti ni pulak tak perlukan masa tinggal adik tekan tubi je semampu adik tanpa henti. kalau adik berhenti kejap sebab nak rest, tak dikira dah. so, praktislah tekan tubi tanpa henti kat rumah yaa.. haha
  • Jangkauan Melunjur(15 markah)
hmmm.. yang ni akak tak suka sebab akak ni tinggi plus kaki akak panjang. nak dapatkan jangkauan yang panjang tu susah. haha. sedih la akak ni.. hmm.. so, adik praktis la bagi badan tu melentur sikit yaa..
  • Bleep (40 markah)
haa, yang ni palinggg akak tak suka. bleep ni macam lari ulang alik ikut detak bleep yang dimainkan. yang ni ikut level. 1 level 10 kali ulang-alik. semakin meningkat level, semakin laju bunyi bleep.  kalau nak lulus bagi perempuan level 3 pun dah okay bagi lelaki level 4. Tpi kalau nak full mark level 4 dan 5 untuk perempuan manakal lelaki level 5 dan level 6. 

So, itu saja ujian UKCG. Habis je bleep test boleh balik dah. and tunggu result keluar je. samada adik lulus UKCG atau tak. Kalau lulus syukur laahh kalau tak pun mungkin Tuhan ada rencana lain buat adik. Next level apabila dah lulus UKCG ni adalah Interview/Temuduga di pusat ujian yang adik dah pilih dalam borang permohonan online tu lahh. 

Okay, akak harap adik semua boleh lulus la. Akak happy dapat berkongsi pengalaman macam ni sebab akak dulu xda sapa nak kongsikan. kalau dikongsikan pun x detail yang akak nak. so kalau adik nak tahu lebih detail boleh laa comment di ruang bawah sebab account google akak ni sentiasa on jer. Okay. Good Luck dari akak. Bye.